Taklimat Berita Palsu
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jun 2026 (Jumaat), telah diadakan satu taklimat yang bertajuk Taklimat Berita Palsu yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Dua orang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka untuk semua peringkat umur.
Taklimat ini mengajar peserta untuk berwaspada terhadap berita-berita palsu yang terdapat di dalam internet. Selalunya, berita palsu ini disebarkan melalui aplikasi Whatsapp, tiktok, youtube, facebook dan google atau laman web yang pelik. Taklimat ini juga turut mendedahkan langkah-langkah yang kita boleh ambil sekiranya terjumpa berita palsu.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: